Mempunyai signboard kedai yang menarik sangat penting dalam perniagaan kerana ia akan membantu mempromosikan produk dan memastikan jualan anda memperoleh keuntungan.
Signboard atau papan tanda adalah sebuah grafik visual yang dihasilkan untuk menyampaikan maklumat kepada khalayak tertentu, seperti produk perniagaan.
Signboard biasanya diperbuat daripada pelbagai bahan seperti aluminium, akrilik, kayu dan sebagainya serta boleh dijumpai di bahagian hadapan kedai.
Dalam artikel ini, kami akan kongsikan kepada anda kepentingan memiliki signboard yang menarik zaman sekarang serta jenis-jenis signboard untuk kedai anda.
Teruskan membaca untuk mengetahui dengan lebih lanjut!
Kepentingan Signboard Zaman Sekarang Untuk Kedai Nampak Lebih Wow
Signboard kedai yang direka dengan warna dan grafik yang betul mampu menarik perhatian pelanggan kepada produk dan perkhidmatan yang diiklankan.
Apabila pelanggan melihat papan tanda kedai anda, mereka dapat mengenalpasti produk atau servis yang anda tawarkan.
Signboard yang efektif juga boleh menambah daya tarikan estetik keseluruhan lokasi dan persekitarannya. Ini boleh dilihat di tempat-tempat makan seperti restoran.
Sebagai contoh, mural dinding yang dicetak secara digital boleh mencantikkan dan menceriakan suasana kedai anda serta mengukuhkan penjenamaan bisnes.
Paling penting, papan tanda yang baik mampu meningkatkan kesedaran jenama pelanggan semasa dan bakal pelanggan serta membantu anda menjana jualan.
Jenis-Jenis Signboard Untuk Kedai Anda
Pada bahagian ini, kami akan mencadangkan beberapa jenis signboard yang sesuai untuk kedai anda!
- Signboard Jenis Lightbox
Signboard jenis lightbox merupakan signboard yang berlampu. Ia menggunakan lampu LED dan tenaga elektrik untuk memasangkannya.
Jika kedai anda beroperasi pada waktu malam, signboard ini sangat sesuai untuk digunakan kerana lightbox ini akan menyala dengan terang dan ia senang untuk dilihat di dalam gelap.
Bahan yang digunakan untuk lightbox adalah panel yang telus cahaya iaitu Polycarbonate dan dinyalakan menggunakan lampu LED.
Paparan design lightbox ini juga menggunakan UV print dan vinyl sticker supaya paparan tersebut boleh tahan dengan lama dan tidak pudar.
- Signboard 3D PVC Board
Selain itu, terdapat juga signboard kedai jenis 3D. Signboard ini menggunakan PVC board untuk membuatkan signboard anda kelihatan 3D dan lebih menarik.
Bentuk 3D adalah bentuk yang mempunyai tiga dimensi iaitu panjang, lebar dan kedalaman berbanding dengan paparan 2D yang hanya mempunyai 2 dimensi dan kelihatan rata.
Bahan yang digunakan untuk signboard ini adalah PVC board yang dibuat menggunakan mesin CNC engraving untuk menghasilkan tulisan berbentuk 3D.
PVC board ini juga tahan lama dan selalunya mempunyai ketebalan dari 5mm hingga 25mm.
- Signboard Tidak Berlampu atau GI
Signboard kedai jenis ini merupakan signboard yang popular kerana kosnya yang sederhana. Signboard ini juga diperbuat dengan bahan yang tahan lama dan berkualiti.
Jika kedai atau premis anda beroperasi pada waktu siang, signboard ini merupakan pilihan yang bagus untuk anda kerana ia tidak berlampu dan tidak menggunakan tenaga elektrik.
Bahan yang digunakan untuk signboard GI adalah sejenis kepingan logam aloi yang tahan lama, tidak berkarat dan berstruktur kerangka logam iaitu Galvanised Iron Sheet (GI).
UV print dan vinyl sticker juga digunakan untuk paparan design signboard tersebut supaya ia tidak cepat luntur disebabkan oleh cahaya matahari.
- Signboard 3D Box Up
Signboard 3D Box Up ini sama seperti signboard 3D PVC board. Bezanya adalah Signboard 3D Box Up mempunyai 2 kombinasi material iaitu metal dan acrylic dalam menghasilkan satu per satu huruf dan logo 3D.
Selain itu, proses pembuatannya agak rumit serta mengambil masa yang lebih lama.
Namun begitu, hasil daripada Signboard 3D Box Up ini sangat memuaskan kerana ia akan membuatkan kedai anda kelihatan sangat eksklusif.
- Signboard Jenis Tarpaulin
Seterusnya, terdapat juga signboard jenis tarpaulin. Signboard ini merupakan signboard yang bersaiz besar yang boleh menjangkau lebih 30 kaki.
Bahan yang digunakan untuk signboard ini adalah tarpaulin yang tebal. Paparan design dicetak di atas tarpaulin menggunakan teknologi UV supaya ia tahan lama dan tidak pudar dengan cepat.
Salah satu kelebihan signboard jenis tarpaulin ini adalah ia mudah diganti dan ditukar dengan cetakan yang baru kerana tarpaulin tersebut akan dilekap pada rangka signboard.
- Signboard 3D LED Acrylic Box Up
Di samping itu, terdapat juga signboard jenis 3D LED Acrylic Box Up. signboard ini sangat menarik dan cantik kerana ia menggunakan elemen 3D dan juga boleh berlampu.
Bahan yang digunakan untuk signboard ini sama seperti signboard jenis 3D Acrylic Box Up iaitu acrylic dan dibentuk menggunakan mesin CNC engraving.
Ia juga mempunyai lampu LED yang dinyalakan dalam bahagian dalamnnya dan ketebalannya dari 7cm hingga 10cm. Gabungan 2 efek ini pasti akan membuat signboard anda menyerlah.
Kesimpulannya, terdapat pelbagai kepentingan signboard kedai yang menarik serta jenis signboard yang anda boleh pilih supaya kedai anda kelihatan WOW!
Jika anda ingin mencari pembuat papan tanda profesional untuk membantu mencipta signboard kedai yang menarik, Big Sign Advertising adalah pilihan yang tepat untuk anda!
p/s: Anda tertanya-tanya design signboard yang akan menarik perhatian orang? Jom baca artikel tips design signboard kami.
Terdapat banyak sebab mengapa anda perlu memilih kami untuk membantu anda mencipta papan tanda yang sempurna untuk perniagaan anda:
- Lebih 10 tahun pengalaman dalam industri papan tanda di Malaysia.
- Harga berpatutan.
- Kami meluangkan masa dan usaha untuk memastikan kami memberikan perkhidmatan yang terbaik untuk anda.
- Krew pasukan kami termasuk pereka, pasukan pengeluaran, pelbagai jenis jentera dan pengendali yang semuanya berstatus Malaysia dan Bumiputera.
- Integriti terhadap pelanggan dan pasukan kami,
- Perkhidmatan yang pantas dan cekap.